Cipta dan kongsi ID Perubatan anda dalam Kesihatan pada iPhone
Dalam app Kesihatan
, anda boleh mencipta ID Perubatan kecemasan yang mengandungi maklumat tentang keadaan perubatan anda, alahan, ubat-ubatan dan banyak lagi. Penindak pertama dan orang lain boleh melihat maklumat kritikal ini terus pada iPhone anda, walaupun semasa iPhone dikunci.

Apabila anda menambah kenalan kecemasan pada ID Perubatan anda, mereka akan diisyaratkan secara automatik apabila anda menggunakan SOS Kecemasan daripada iPhone anda atau daripada Apple Watch anda.
Anda juga boleh membenarkan maklumat ID Kecemasan untuk dihantar secara automatik ke perkhidmatan kecemasan, melalui perkhidmatan pihak ketiga yang selamat, apabila anda membuat panggilan atau menghantar teks ke 911 atau menggunakan SOS Kecemasan daripada iPhone atau Apple Watch anda (A.S. sahaja; iOS 13.5 atau lebih baru diperlukan; watchOS 6.2.5 atau lebih baru diperlukan jika Apple Watch disambungkan ke Wi-Fi atau rangkaian selular tanpa iPhone anda berdekatan; menghantar teks ke 911 tidak tersedia di semua lokasi).
Cipta atau buat perubahan pada ID Perubatan anda
Ketik gambar profil atau parap anda di bahagian kanan atas.

Jika anda tidak melihat gambar profil atau parap anda, ketik Ringkasan atau Layari di bahagian bawah skrin, kemudian skrol ke bahagian atas skrin.
Ketik ID Perubatan, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Cipta ID Perubatan: Ketik Mulakan.
Tukar ID Perubatan anda: Ketik Edit.
Penting: Untuk menghantar maklumat ID Perubatan anda secara automatik ke perkhidmatan kecemasan apabila anda membuat panggilan atau menghantar teks ke 911 atau menggunakan SOS Kecemasan, aktifkan Kongsi Semasa Panggilan Kecemasan (A.S. sahaja; iOS 13.5 atau lebih baru diperlukan; menghantar teks ke 911 tidak tersedia di semua lokasi). Untuk mendapatkan maklumat tentang cara Apple melindungi privasi anda, ketik Ketahui Lebih Lanjut.
Untuk mendayakan penindak pertama dan orang lain untuk melihat ID Perubatan anda apabila iPhone anda dikunci, Tunjukkan Apabila Dikunci diaktifkan secara lalai. Jangan menyahaktifkan pilihan ini melainkan anda mahu menghalang penindak daripada melihat ID Perubatan anda.

Penindak pertama melihat ID Perubatan anda daripada skrin Kunci dengan meleret ke atas atau menekan butang Utama (bergantung pada model iPhone anda), mengetik Kecemasan di bahagian kiri bawah pada skrin Kod Laluan, kemudian mengetik ID Perubatan.
Petua: Anda boleh melihat ID Perubatan anda daripada skrin Utama dengan cepat: sentuh dan tahan ikon app Kesihatan, kemudian pilih ID Perubatan.