Tambah teks, bentuk dan tandatangan dengan Penanda pada iPhone
Dalam app disokong, anda boleh menggunakan penanda untuk menambahkan teks, gelembung perbualan, bentuk dan tandatangan.
Tambah teks
Dalam bar alat Penanda dalam app disokong, ketik
, kemudian ketik Teks.Nota: Jika anda tidak melihat bar alat Penanda, ketik
atau Penanda.Dwiketik kotak teks.
Gunakan papan kekunci untuk memasukkan teks.
Untuk menukar teks selepas anda menambahnya, ketik teks untuk memilihnya, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Tukar saiz fon atau tataletak: Ketik
dalam bar alat, kemudian pilih pilihan.Padam, edit, atau duplikasi teks: Ketik Edit, kemudian pilih pilihan.
Alihkan teks: Seretnya.
Untuk menyembunyikan bar alat Penanda semasa anda selesai, ketik
atau Selesai.
Tambah bentuk
Dalam bar alat Penanda dalam app disokong, ketik
, kemudian pilih bentuk.
Nota: Jika anda tidak melihat bar alat Penanda, ketik
atau Penanda.
Untuk melaraskan bentuk, lakukan mana-mana yang berikut:
Alihkan bentuk: Seretnya.
Saiz semula bentuk: Seret sebarang titik biru di sepanjang garis kasar objek.
Tukar warna garis kasar: Ketik warna dalam pemilih warna.
Isi bentuk dengan warna atau tukar ketebalan garis: Ketik
, kemudian pilih pilihan.Laraskan bentuk anak panah atau bentuk gelembung pertuturan: Seret titik hijau.
Padam atau duplikasi bentuk: Ketiknya, kemudian pilih pilihan.
Untuk menyembunyikan bar alat Penanda semasa anda selesai, ketik
atau Selesai.
Tambah tandatangan anda
Dalam bar alat Penanda dalam app disokong, ketik
, kemudian pilih Tandatangan.Nota: Jika anda tidak melihat bar alat Penanda, ketik
atau Penanda.Lakukan salah satu daripada berikut:
Tambah tandatangan baru: Ketik Tambah atau Keluarkan Tandatangan, ketik
, kemudian gunakan jari anda untuk menandatangan nama anda.Untuk menggunakan tandatangan, ketik Selesai, atau untuk melukis tandatangan baru, ketik Kosongkan.
Tambah tandatangan sedia ada: Ketik tandatangan yang anda mahu.
Untuk melihat semua tandatangan anda, skrol ke bawah senarai.
Seret tandatangan anda ke tempat yang anda mahu.
Untuk menyembunyikan bar alat Penanda semasa anda selesai, ketik
atau Selesai.