Bangunkan dan buka kunci iPhone
iPhone mematikan paparan untuk menjimatkan kuasa, mengunci untuk keselamatan dan tidur apabila anda tidak menggunakannya. Anda boleh bangunkan dan buka kunci iPhone apabila anda mahu menggunakannya lagi.
Bangunkan iPhone
Untuk membangunkan iPhone, lakukan satu daripada yang berikut:
Tekan butang sisi atau butang Tidur/Bangun (bergantung pada model anda).

Angkat iPhone. Anda boleh menyahaktifkan Angkat untuk Bangun dalam Seting
> Paparan & Kecerahan.
Ketik skrin (model disokong).

Buka kunci iPhone dengan Face ID
Jika anda tidak menyediakan Face ID semasa anda menyediakan iPhone, lihat Sediakan Face ID pada iPhone.
Pada model disokong, ketik skrin atau angkat iPhone untuk membangunkannya, kemudian pandang pada iPhone anda.
Ikon kunci beranimasi daripada tutup ke buka untuk menandakan iPhone dibuka kunci.
Leret ke atas dari bahagian bawah skrin.
Untuk mengunci iPhone lagi, tekan butang sisi. iPhone dikunci secara automatik jika anda tidak menyentuh skrin selama lebih kurang seminit.
Buka kunci iPhone dengan Touch ID
Jika anda tidak menyediakan Touch ID semasa anda menyediakan iPhone, lihat Sediakan Touch ID pada iPhone.
Pada iPhone dengan butang Utama, tekan butang Utama menggunakan jari yang anda daftarkan dengan Touch ID.

Untuk mengunci iPhone lagi, tekan butang sisi atau butang Tidur/Bangun (bergantung pada model anda). iPhone dikunci secara automatik jika anda tidak menyentuh skrin selama lebih kurang seminit.
Buka kunci iPhone dengan kod laluan
Jika anda tidak mencipta kod laluan apabila anda menyediakan iPhone, lihat Setkan kod laluan pada iPhone.
Leret ke atas dari bahagian bawah skrin Kunci (pada iPhone dengan Face ID) atau tekan butang Utama (pada model iPhone lain).
Masukkan kod laluan (jika anda menyediakan iPhone untuk memerlukan kod laluan).
Untuk mengunci iPhone lagi, tekan butang sisi atau butang Tidur/Bangun (bergantung pada model anda). iPhone dikunci secara automatik jika anda tidak menyentuh skrin selama lebih kurang seminit.