Edit foto dan video pada iPhone
Gunakan alat dalam app Foto
untuk mengedit foto dan video pada iPhone anda. Apabila anda menggunakan Foto iCloud, sebarang editan yang anda lakukan disimpan merentas semua peranti anda.
Lihat Gunakan Foto iCloud pada iPhone.
Laraskan cahaya dan warna
Dalam Foto, ketik imej kecil foto atau video untuk melihatnya dalam skrin penuh.

Ketik Edit, kemudian leret ke kiri di bawah foto untuk melihat butang pengeditan bagi setiap kesan seperti Pendedahan, Terang dan Serlahan.
Ketik butang, kemudian seret gelangsar untuk melaraskan kesan.
Paras pelarasan yang anda lakukan untuk setiap kesan dipaparkan oleh garis kasar di sekeliling butang, supaya anda boleh melihat sekali imbas kesan yang ditingkatkan atau dikurangkan.
Untuk menyemak semula kesan, ketik butang kesan untuk melihat tangkapan sebelum dan selepas kesan digunakan (atau ketik foto untuk togol antara versi diedit dan asal).
Ketik Selesai untuk menyimpan pengeditan anda, atau jika anda tidak menyukai perubahan anda, ketik Batal, kemudian ketik Buang Perubahan.
Petua: Ketik
untuk mengedit foto atau video anda dengan kesan secara automatik.
Pangkas, putar, atau balikkan foto
Dalam Foto, ketik imej kecil foto atau video untuk melihatnya dalam skrin penuh.
Ketik Edit, ketik
, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:Pangkas secara manual: Seret penjuru segi empat tepat untuk mengurung kawasan yang anda mahu simpan dalam foto, atau anda boleh cubit buka atau tutup foto.
Pangkas ke nisbah praset standard: Ketik
, kemudian pilih nisbah seperti Segi Empat Sama, 2:3, 8:10 dan banyak lagi.Putar: Ketik
untuk memutarkan foto 90 darjah.Balikkan: Ketik
untuk membalikkan imej secara mendatar.
Ketik Selesai untuk menyimpan pengeditan anda, atau jika anda tidak menyukai perubahan anda, ketik Batal, kemudian ketik Buang Perubahan.
Luruskan dan laraskan perspektif
Dalam Foto, ketik imej kecil foto atau video untuk melihatnya dalam skrin penuh.
Ketik Edit, kemudian ketik
.Pilih butang kesan untuk meluruskan, melaraskan perspektif menegak, atau melaraskan perspektif mendatar.
Seret gelangsar untuk melaraskan kesan.
Tahap pelarasan yang anda lakukan untuk setiap kesan dipaparkan oleh garis kasar kuning di sekeliling butang, supaya anda boleh melihat sekali imbas kesan yang ditingkatkan atau dikurangkan. Ketik butang untuk togol antara kesan diedit dan yang asal.

Ketik Selesai untuk menyimpan pengeditan anda.
Nota: Pada model dengan kamera Ultra Lebar, kawasan yang ditangkap di luar bingkai kamera boleh digunakan untuk melaraskan perspektif dan penjajaran secara automatik. Ikon Auto berwarna biru muncul di atas foto apabila pelarasan automatik digunakan. Lihat Tangkap kandungan di luar bingkai kamera pada iPhone.
Gunakan kesan penapis
Dalam Foto, ketik imej kecil foto atau video untuk melihatnya dalam skrin penuh.
Ketik Edit, kemudian ketik
untuk menggunakan kesan penapis, seperti Terang, Dramatik, atau Ton Perak.Ketik penapis, kemudian seret gelangsar untuk melaraskan kesan.
Untuk membandingkan foto diedit dengan foto asal, ketik foto.
Ketik Selesai untuk menyimpan pengeditan anda, atau jika anda tidak menyukai perubahan anda, ketik Batal, kemudian ketik Buang Perubahan.
Tukar foto diedit
Selepas anda mengedit foto dan menyimpan perubahan, anda boleh bertukar kembali kepada imej asal.
Buka imej diedit, ketik Edit, kemudian ketik Tukar.
Ketik Tukar ke Asal.
Tandakan foto
Ketik foto untuk melihatnya dalam skrin penuh.
Ketik Edit, kemudian ketik
.Ketik Penanda
.Anotasi foto menggunakan alat melukis dan warna berlainan. Ketik
untuk menambah bentuk, teks, atau tandatangan anda.
Potong video
Dalam Foto, buka video, kemudian ketik Edit.
Seret mana-mana hujung pemapar bingkai, kemudian ketik Selesai.
Ketik Simpan Video untuk menyimpan hanya video yang dipangkas, atau ketik Simpan Video sebagai Klip Baru untuk menyimpan kedua-dua versi video (iOS 13.3 atau lebih baru).

Untuk membuat asal pangkas selepas anda menyimpan, buka video, ketik Edit, kemudian ketik Kembali.
Nota: Video yang disimpan sebagai klip baru tidak boleh dikembalikan ke asal.
Setkan bahagian gerak perlahan video yang dirakam dalam Slo-mo
Buka video yang dirakam dalam Slo-mo, kemudian ketik Edit.
Seret bar menegak putih di bawah pemapar bingkai untuk mengesetkan bahagian video yang dimainkan dalam gerak perlahan.
Lihat Rakam video gerak perlahan.