Pindahkan item dengan seret dan lepas pada iPad
Dengan seret dan lepas, anda boleh menggunakan jari untuk memindahkan teks dan item dalam app serta menyalin item daripada satu app ke app yang lain. Sebagai contoh, anda boleh menyeret imej daripada Nota ke dalam e-mel. (Tidak semua app pihak ketiga menyokong seret dan lepas.)
Pindahkan item
Sentuh dan tahan item sehingga ia terangkat (jika ia ialah teks, pilihnya dahulu).
Seretnya ke lokasi lain dalam app.
Jika anda menyeret ke bawah atau atas dokumen panjang, ia skrol secara automatik.
Salin item antara app terbuka
Buka dua item dalam Split View atau dalam Slide Over, kemudian sentuh dan tahan item sehingga ia terangkat (jika ia ialah teks, pilihnya dahulu).
Seret ke dalam app lain.
Sambil anda menyeret,
muncul di mana-mana tempat anda boleh lepaskan item. Jika anda menyeret ke bawah atau atas dokumen panjang, dokumen menskrol secara automatik.Petua: Jika anda mahu menyeret item ke nota atau e-mel baru, buka nota atau e-mel baru dahulu supaya anda boleh seret item terus padanya.
Seret pautan ke tetingkap Split View atau Slide Over
Sentuh dan tahan pautan sehingga ia terangkat, kemudian lakukan satu daripada yang berikut:
Gantikan tetingkap Split View atau Slide Over dengan destinasi pautan: Seret pautan ke tetingkap.
Buka destinasi pautan dalam tetingkap Split View atau Slide Over: Apabila tiada tetingkap Split View atau Slide Over ditunjukkan, seret pautan ke pinggir kiri atau kanan skrin untuk membuka destinasi dalam Split View, atau seret pautan dekat ke pinggir untuk membuka dalam Slide Over.
Salin item ke app pada Skrin Utama atau dalam Dock
Sentuh dan tahan item sehingga ia terangkat (jika ia ialah teks, pilihnya dahulu).
Semasa anda terus menahan item, gunakan jari lain untuk meleret ke atas dari pinggir bawah skrin dan jeda untuk mendedahkan Dock atau tekan butang Utama (pada iPad dengan butang Utama).
Seret item ke atas app lain untuk membukanya (imej hantu item muncul di bawah jari anda semasa anda menyeret).
Anda boleh menyeret item di dalam app untuk menavigasi tempat yang anda mahu lepaskan item (semasa anda menyeret,
muncul di mana-mana tempat anda boleh lepaskan item). Sebagai contoh, anda boleh menyeret senarai nota untuk membuka nota di tempat yang anda mahu lepaskan item atau anda boleh gunakan jari lain untuk membuka nota baru di tempat yang anda mahu lepaskan item.
Jika ada menukar fikiran tentang memindahkan item, angkat jari anda sebelum menyeret, atau seret item ke luar skrin.
Pilih berbilang item untuk dipindahkan
Sentuh dan tahan item pertama dipilih, seretnya sedikit dan teruskan menahannya.
Sementara masih menahan item pertama, ketik item tambahan dengan jari lain. Lencana menunjukkan bilangan item dipilih.
Seret semua item sekaligus.
Jika ada menukar fikiran tentang memindahkan item, angkat jari anda sebelum menyeret, atau seret item ke luar skrin.