Kembalikan seting iPad kepada lalainya
Anda boleh mengembalikan seting ke lalai tanpa memadam kandungan anda.
Jika anda mahu menyimpan seting anda, sandarkan iPad sebelum mengembalikannya kepada lalai. Sebagai contoh, jika anda cuba menyelesaikan masalah tetapi mengembalikan seting ke lalai tidak membantu, anda mungkin mahu memulihkan seting anda yang sebelumnya daripada sandaran.
Pergi ke Seting
> Umum > Reset.Pilih pilihan:
AMARAN: Jika anda memilih pilihan Padam Semua Kandungan dan Seting, semua kandungan anda dikeluarkan. Lihat Padam iPad.
Reset Semua Seting: Semua seting—termasuk seting rangkaian, kamus papan kekunci, tataletak Skrin Utama, seting lokasi, seting privasi dan kad Apple Pay—dikeluarkan atau direset ke lalainya. Tiada data atau media dipadam.
Reset Seting Rangkaian: Semua seting rangkaian dikeluarkan. Selain itu, nama peranti yang ditetapkan dalam Seting > Umum > Perihal direset ke “iPad” dan sijil dipercayai secara manual (seperti tapak web) ditukarkan ke tidak dipercayai. Perayauan data selular juga mungkin dinyahaktifkan. (Lihat Lihat atau tukar seting data selular pada iPad (model Wi-Fi + Cellular).)
Apabila anda mereset seting rangkaian, senarai rangkaian yang digunakan sebelumnya dan seting VPN yang tidak dipasang oleh profil konfigurasi atau pengurus peranti bimbit (MDM) akan dikeluarkan. Wi-Fi dinyahaktifkan dan kemudian diaktifkan semula, memutuskan sambungan anda daripada sebarang rangkaian. Seting Wi-Fi dan Minta Menyertai Rangkaian kekal aktif.
Untuk mengeluarkan seting VPN yang dipasang oleh profil konfigurasi, pergi ke Seting > Umum > Pengurus Profil & Peranti, pilih profil konfigurasi, kemudian ketik Keluarkan Profil. Ini juga mengeluarkan seting dan akaun lain yang disediakan oleh profil. Lihat Pasang atau keluarkan profil konfigurasi pada iPad dalam panduan ini.
Untuk mengeluarkan seting rangkaian yang dipasang oleh MDM, pergi ke Seting > Umum > Pengurus Profil & Peranti, pilih pengurusan, kemudian ketik Keluarkan Pengurusan. Ini juga mengeluarkan seting dan sijil lain yang disediakan oleh MDM. Lihat “Pengurus Peranti Bimbit (MDM)” dalam Rujukan Pengerahan iOS.
Reset Kamus Papan Kekunci: Anda tambah perkataan ke kamus papan kekunci dengan menolak perkataan yang dicadangkan iPad sambil anda menaip. Mereset kamus papan kekunci hanya memadam perkataan yang telah anda tambah.
Reset Tataletak Skrin Utama: Mengembalikan app terbina dalam kepada tataletak asalnya pada Skrin Utama.
Reset Lokasi & Privasi: Mereset perkhidmatan lokasi dan seting privasi kepada seting lalai.
Jika anda mahu memadamkan iPad anda sepenuhnya, lihat Padam semua kandungan dan seting daripada iPad. Jika anda mahu atau perlu menggunakan komputer untuk memadamkan iPad anda, lihat Gunakan komputer untuk memadamkan semua kandungan dan seting daripada iPad.