Layari secara peribadi dalam Safari pada iPad
Anda boleh melihat Laporan Privasi dan melaraskan seting dalam app Safari
untuk memastikan aktiviti pelayaran anda peribadi dan membantu melindungi diri anda daripada tapak web hasad.
Lihat Laporan Privasi
Safari membantu menghalang penjejak daripada mengikuti anda merentas tapak web. Anda boleh menyemak Laporan Privasi untuk melihat ringkasan penjejak yang telah ditemui dan dihalang oleh Pencegahan Penjejakan Pintar pada halaman web semasa yang anda sedang lawati. Anda juga boleh menyemak dan melaraskan seting Safari untuk memastikan aktiviti pelayaran anda peribadi daripada orang lain yang menggunakan peranti sama dan membantu melindungi diri anda daripada tapak web hasad.
Untuk melihat Laporan Privasi, ketik
di sebelah kiri medan carian, kemudian ketik Laporan Privasi
.
Kawal seting privasi dan keselamatan untuk Safari
Pergi ke Seting
> Safari, kemudian di bawah Privasi & Keselamatan, aktifkan atau nyahaktifkan mana-mana daripada berikut:
Halang Penjejakan Silang Tapak: Safari hadkan kuki pihak ketiga dan data secara lalai. Nyahaktifkan pilihan ini untuk membenarkan penjejakan silang tapak.
Sekat Semua Kuki: Aktifkan pilihan ini untuk menghalang tapak web daripada menambah kuki ke iPad anda. (Untuk mengeluarkan kuki yang telah berada pada iPad, pergi ke Seting > Safari > Kosongkan Sejarah & Data Tapak Web.)
Amaran Tapak Web Penipuan: Safari memaparkan amaran jika anda melawat tapak web yang disyaki phishing. Nyahaktifkan pilihan ini jika anda tidak mahu diberi amaran tentang tapak web palsu.
Semak untuk Apple Pay: Tapak web yang menggunakan Apple Pay boleh menyemak jika anda mempunyai Apple Pay didayakan pada peranti anda. Nyahaktifkan pilihan ini untuk menghalang tapak web daripada menyemak jika anda mempunyai Apple Pay.
Apabila anda melawati tapak web menggunakan Safari yang tidak selamat, amaran muncul dalam medan carian Safari.
Padamkan sejarah pelayaran dan data anda
Pergi ke Seting
> Safari > Kosongkan Sejarah & Data Tapak.
Lawati tapak web tanpa membuat sejarah
Ketik
, kemudian ketik Peribadi.
Apabila Mod Pelayaran Peribadi diaktifkan, latar belakang Safari berwarna hitam bukannya putih dan tapak yang anda lawati tidak muncul dalam Sejarah pada iPad atau dalam senarai tab pada peranti lain anda.
Untuk menyembunyikan tapak dan keluar dari Mod Pelayaran Peribadi, ketik
, kemudian ketik Peribadi lagi. Tapak itu muncul semula pada kali seterusnya anda menggunakan Mod Pelayaran Peribadi.