Bantu membetulkan dan meningkatkan Peta pada iPad
Dalam app Peta
, anda boleh melaporkan nama jalan dan perniagaan yang salah, penangguhan transit, arah navigasi tidak tepat dan isu lain.
Laporkan nama jalan, perniagaan, atau tempat lain yang tidak tepat
Ketik
di penjuru kanan atas peta, kemudian ketik Laporkan Isu.Ketik Label Peta.
Ketik peta, kemudian ketik jalan atau tempat untuk menunjukkan namanya.
Ketik Selesai.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Betulkan nama: Ketik nama, ketik
, kemudian gunakan papan kekunci untuk membetulkan nama atau ketik
untuk menyebut pembetulan.Keluarkan nama: Ketik Keluarkan Label.
Tambah perihalan: Ketik “Tambah maklumat lanjut tentang label yang salah”, kemudian gunakan papan kekunci untuk memasukkan perihalan atau ketik
untuk menyebut perihalan.
Secara pilihan, ketik Tambah Foto untuk menyertakan foto dengan laporan anda.
Ketik Hantar.
Laporkan nama stesen yang salah, penangguhan, atau isu transit lain.

Ketik
di penjuru kanan atas peta, kemudian ketik Laporkan Isu.Ketik Transit.
Pilih jenis isu, kemudian berikan maklumat yang dikemas kini.
Untuk mengemas kini maklumat stesen atau maklumat laluan, ketik stesen atau laluan pada peta untuk menunjukkan namanya, kemudian ketik Seterusnya.
Untuk memasukkan maklumat, anda boleh menggunakan papan kekunci atau mengetik
untuk menyebut maklumat.Secara pilihan, ketik Tambah Foto untuk menyertakan foto dengan laporan anda.
Ketik Hantar.
Laporkan isu navigasi
Ketik
di penjuru kanan atas peta, kemudian ketik Laporkan Isu.Ketik Navigasi, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Laporkan masalah dengan arah: Ketik Arah, pilih item daripada senarai, kemudian ketik “Beritahu kami lebih lanjut tentang arah ini”.
Betulkan pintu masuk destinasi anda: Ketik Pintu Ketibaan, ketik peta, seret peta untuk mengalihkan penanda pintu masuk ke lokasi yang betul, ketik Selesai, kemudian ketik “Tambah lebih butiran”.
Laporkan isu jenis lain: Ketik Lain, kemudian ketik “Terangkan isu”.
Gunakan papan kekunci untuk memasukkan perihalan atau ketik
untuk menyebut perihalan.Secara pilihan, ketik Tambah Foto untuk menyertakan foto dengan laporan anda.
Ketik Hantar.
Perincikan lokasi kerja atau rumah anda
Ketik
di penjuru kanan atas peta, kemudian ketik Laporkan Isu.Ketik Rumah atau Kerja, seret peta untuk mengalihkan penanda ke lokasi yang betul. (Anda boleh mengetik butang Peta atau Satelit di bahagian bawah skrin untuk menukar paparan.)
Ketik Selesai.
Peta menggunakan lokasi yang dibetulkan untuk membantu memberikan arah yang ditingkatkan ke dan dari rumah atau tempat kerja anda.
Beri maklum balas tentang app Peta
Ketik
di penjuru kanan atas peta, kemudian ketik Laporkan Isu.Ketik Isu Lain.
Secara pilihan, ketik Tambah Foto untuk menyertakan foto dengan maklum balas anda.
Gunakan papan kekunci untuk memasukkan maklum balas anda atau ketik
untuk menyebut maklum balas anda.Ketik Hantar.