Gunakan AirDrop pada iPad untuk menghantar item ke peranti berdekatan anda
Dengan AirDrop, anda boleh menghantar foto, video, tapak web, lokasi dan banyak lagi ke peranti dan komputer Mac (iOS 7, iPadOS 13, OS X 10.10, atau lebih baru diperlukan) berdekatan lain secara wayarles. AirDrop memindahkan maklumat menggunakan Wi-Fi dan Bluetooth—kedua-duanya mesti diaktifkan. Untuk menggunakan AirDrop, anda mesti mendaftar masuk dengan Apple ID anda. Pemindahan disulitkan untuk keselamatan.
Hantar item menggunakan AirDrop
Buka item, kemudian ketik
, Kongsi, AirDrop,
, atau butang lain yang memaparkan pilihan perkongsian app.Lakukan salah satu daripada berikut:
Ketik
dalam baris pilihan perkongsian, kemudian ketik gambar profil pengguna AirDrop berdekatan.Di atas baris pilihan perkongsian, pilih salah seorang yang anda kenali yang mempunyai peranti berdekatan tersedia untuk AirDrop. Gambar profil mereka muncul bersama
.
Jika orang itu tidak muncul sebagai pengguna AirDrop berdekatan, minta dia untuk membuka Pusat Kawalan pada iPhone, iPad, atau iPod touch dan membenarkan AirDrop untuk menerima item. Untuk menghantar kepada seseorang pada Mac, minta mereka membenarkan diri mereka ditemui dalam AirDrop di Finder.
Untuk menghantar item menggunakan kaedah selain daripada AirDrop, pilih kaedah—contohnya, Mesej atau Mail—daripada baris pilihan perkongsian (pilihan berbeza mengikut app). Siri juga mungkin mencadangkan cara untuk berkongsi dengan orang yang anda kenali dengan memaparkan gambar profil mereka dan ikon yang mewakili kaedah perkongsian.
Anda juga boleh menggunakan AirDrop untuk berkongsi kata laluan app dan tapak web secara selamat dengan seseorang menggunakan iPhone, iPad, iPod touch, atau Mac. Lihat Kongsi kata laluan tapak web dan app dengan AirDrop pada iPad.
Benarkan orang lain untuk menghantar item ke iPad anda menggunakan AirDrop
Buka Pusat Kawalan, kemudian ketik
.Jika anda tidak melihat
, sentuh dan tahan kumpulan kawalan kiri atas.Ketik Kenalan Sahaja atau Semua Orang untuk memilih orang yang anda mahu menerima item.
Anda boleh menerima atau menolak setiap permintaan semasa ia tiba.