Alamat dan hantar e-mel dalam Mail pada iPad
Dalam app Mail
, anda boleh menghantar e-mel daripada sebarang akaun e-mel anda, tandakan alamat daripada luar domain tertentu dan banyak lagi.
Tambah penerima
Ketik dalam medan Kepada, kemudian taipkan nama penerima.
Semasa anda menaip, Mail mencadangkan orang daripada Kenalan anda secara automatik, serta alamat e-mel kepada orang yang mempunyai lebih daripada satu alamat e-mel.
Anda juga boleh mengetik
untuk membuka Kenalan dan menambah penerima dari sana.Jika anda menghantar salinan, ketik medan Sk/Skt.
Ketik dalam medan Sk, kemudian masukkan nama orang yang anda mahu hantar salinan.
Ketik dalam medan Skt, kemudian masukkan nama orang yang nama mereka anda tidak mahu orang lain lihat.
Hantar salinan kepada diri anda secara automatik
Pergi ke Seting
> Mail, kemudian aktifkan Sentiasa Skt Sendiri.
Tukar penerima daripada Sk kepada Skt
Selepas anda memasukkan penerima, anda boleh menyusun semula nama mereka dalam medan alamat, atau menyeretnya dari satu medan alamat ke medan lain—contohnya ke medan Skt jika anda memutuskan yang anda tidak mahu nama mereka muncul.
Tambah akaun mel tambahan
Pergi ke Seting
> Kata Laluan & Akaun > Tambah Akaun > Lain.Ketik Tambah Akaun Mail.
Masukkan nama, alamat e-mel dan kata laluan anda, kemudian ketik Seterusnya.
Masukkan nama pelayan mel masuk dan keluar untuk akaun anda dan maklumat lain yang diminta.
Ketik Simpan.
Sesuaikan tandatangan e-mel anda
Anda boleh menyesuaikan tandatangan e-mel yang muncul secara automatik di bahagian bawah setiap e-mel yang anda hantar.
Pergi ke Seting
> Mail > Tandatangan.Ketik dalam medan teks di bahagian atas skrin, kemudian edit tandatangan anda.
Petua: Jika anda mempunyai lebih dari satu akaun e-mel, ketik Per Akaun untuk mengesetkan tandatangan berlainan untuk setiap akaun.
Hantar e-mel daripada akaun berbeza
Jika anda mempunyai lebih daripada satu e-mel, anda boleh menentukan akaun untuk menghantar e-mel.
Ketik medan Daripada untuk memilih akaun.
Tandakan alamat di luar domain tertentu
Apabila anda menghantar e-mel kepada penerima yang bukan dalam domain organisasi, anda boleh menjadikan nama penerima muncul berwarna merah untuk mengisyaratkan anda.
Pergi ke Seting
> Mail > Tandakan Alamat.Masukkan domain dalam organisasi anda—domain yang anda tidak mahu ditandakan merah.
Anda boleh memasukkan berbilang domain dipisahkan oleh koma (sebagai contoh, “apple.com, example.org”).
Sebarang e-mel yang dihantar ke atau dari domain lain ditandakan.