Laraskan kecerahan dan warna skrin pada iPad
Pada iPad, malapkan skrin untuk melanjutkan hayat bateri, setkan Mod Gelap dan gunakan Night Shift. Pada model yang disokong, gunakan True Tone untuk menyesuaikan warna dan keamatan paparan secara automatik untuk sepadan dengan cahaya di persekitaran anda.
Aktifkan atau nyahaktifkan Mod Gelap
Mod Gelap memberikan pengalaman kepada keseluruhan iPad dengan skema warna gelap yang sesuai untuk persekitaran dengan kurang cahaya. Anda boleh mengaktifkan Mod Gelap daripada Pusat Kawalan atau mengesetkannya untuk diaktifkan secara automatik pada waktu malam (atau pada jadual tersuai) dalam Seting. Dengan Mod Gelap diaktifkan, anda boleh menggunakan iPad anda, contohnya semasa membaca di katil, tanpa mengganggu orang di sebelah anda.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Buka Pusat Kawalan, sentuh dan tahan
, kemudian ketik
untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Mod Gelap.Pergi ke Seting
> Paparan & Kecerahan, kemudian pilih Gelap untuk mengaktifkan Mod Gelap atau pilih Cahaya untuk menyahaktifkannya.

Jadualkan Mod Gelap untuk diaktifkan dan dinyahaktifkan secara automatik
Pergi ke Seting
> Paparan & Kecerahan.Aktifkan Automatik, kemudian ketik Pilihan.
Pilih sama ada Matahari Terbenam hingga Terbit atau Jadual Tersuai.
Jika anda memilih Jadual Tersuai, ketik pilihan untuk menjadualkan masa yang anda mahu Mod Gelap aktif atau nyahaktif.
Jika anda memilih Matahari Terbenam hingga Terbit, iPad menggunakan data daripada jam dan lokasi geo anda untuk menentukan bila waktu malam untuk anda.
Laraskan kecerahan skrin secara manual
Untuk menjadikan skrin iPad anda lebih malap atau cerah, lakukan satu daripada berikut:
Buka Pusat Kawalan, kemudian seret
.Pergi ke Seting
> Paparan & Kecerahan, kemudian seret gelangsar.
Laraskan kecerahan skrin secara automatik
iPad melaraskan kecerahan skrin untuk keadaan cahaya semasa menggunakan sensor cahaya ambien terbina dalam.
Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian.Ketik Paparan & Saiz Teks, kemudian aktifkan Kecerahan Auto.
Aktifkan atau nyahaktifkan True Tone
Pada model yang disokong, aktifkan True Tone untuk menyesuaikan warna dan keamatan paparan secara automatik untuk sepadan dengan cahaya di persekitaran anda.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Buka Pusat Kawalan, sentuh dan tahan
, kemudian ketik
untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan True Tone.Pergi ke Seting
> Paparan & Kecerahan, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan True Tone.
Aktifkan atau nyahaktifkan Night Shift
Anda boleh mengaktifkan Night Shift secara manual, yang membantu apabila anda dalam bilik gelap semasa siang hari.
Buka Pusat Kawalan, sentuh dan tahan
, kemudian ketik
.
Jadualkan Night Shift untuk aktif atau nyahaktif secara automatik
Gunakan Night Shift untuk menukar warna paparan anda ke warna panas spektrum pada waktu malam supaya skrin anda lebih selesa dipandang.
Pergi ke Seting
> Paparan & Kecerahan > Night Shift.Aktifkan Dijadualkan.
Untuk melaraskan keseimbangan warna untuk Night Shift, seret gelangsar di bawah Suhu Warna ke penghujung lebih panas atau lebih sejuk pada spektrum.
Ketik Dari, kemudian pilih sama ada Matahari Terbenam hingga Terbit atau Jadual Tersuai.
Jika anda memilih Jadual Tersuai, ketik pilihan untuk menjadualkan masa yang anda mahu Night Shift aktif atau nyahaktif.
Jika anda memilih Matahari Terbenam hingga Terbit, iPad menggunakan data daripada jam dan lokasi geo anda untuk menentukan bila waktu malam untuk anda.
Nota: Pilihan Matahari Terbenam hingga Terbit tidak tersedia jika anda menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi dalam Seting
> Privasi, atau jika anda menyahaktifkan Seting Zon Waktu dalam Seting
> Privasi > Perkhidmatan Lokasi > Perkhidmatan Sistem.