
Sesuaikan Mac anda dengan Seting Sistem
Anda boleh menukar seting sistem untuk menyesuaikan Mac anda. Sebagai contoh, anda boleh memilih penampilan cerah atau gelap, menukar hias latar dan banyak lagi.

Pilihan untuk Mac anda disusun mengikut seting. Sebagai contoh, pilihan untuk mengesetkan warna serlahan teks dan warna folder terletak dalam seting Penampilan.
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.Klik pilihan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Seting mungkin berbeza bergantung pada Mac anda dan app yang anda telah pasang.
Tukar sebarang pilihan.
Untuk kebanyakan seting, anda boleh mengklik
untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pilihan.
Jika lencana merah ditunjukkan pada ikon Seting Sistem dalam Dock, anda perlu mengambil satu atau lebih tindakan. Sebagai contoh, jika anda tidak menyediakan sepenuhnya ciri iCloud, lencana kelihatan pada ikon dalam Dock; apabila anda klik ikon, seting dipaparkan supaya anda boleh melengkapkan persediaan.
Untuk menukar pilihan bagi app, seperti Mail atau Safari, buka app, klik nama app dalam bar menu, kemudian pilih Seting. Sesetengah app tidak menawarkan seting.