
Mainkan muzik dan podcast dengan Siri pada Mac
Gunakan Siri untuk memainkan muzik dan podcast serta mengawal main balik pada Mac anda.
Gunakan Siri dengan Apple Music
Jika anda mempunyai langganan Apple Music individu, keluarga atau pelajar, anda boleh meminta Siri untuk memainkan apa-apa daripada katalog Apple Music, mencari lagu mengikut lirik, menambah muzik ke pustaka anda dan banyak lagi.
Siri: Pada Mac anda, aktifkan Siri, kemudian lihat idea di bawah untuk permintaan yang anda boleh lakukan:
Mainkan lagu, album, artis atau senarai main khusus
| Mainkan lagu teratas daripada dekad atau genre
|
Mainkan muzik yang sesuai dengan perasaan anda
| Mainkan muzik untuk aktiviti
|
Beritahu Siri perkara yang anda suka dan tidak suka
| Mainkan muzik yang dipilih hanya untuk anda
|
Ketahui perkara yang dimainkan
| Dengar radio langsung dan atas permintaan
|
Kawal perkara yang dimainkan
|
Gunakan Siri dengan Apple Podcasts
Dengar podcast kegemaran anda, ikuti rancangan dan kawal main balik—semua dengan Siri.
Siri: Pada Mac anda, aktifkan Siri, kemudian lihat idea di bawah untuk permintaan yang anda boleh lakukan:
Main dan ikuti podcast
| Kawal main balik
|
Apabila anda menyediakan speaker serasi AirPlay anda dalam app Rumah, anda juga boleh menggunakan Siri untuk memainkan audio menerusi rumah anda. Lihat Gunakan Siri untuk mengawal audio dalam rumah anda.










