Gunakan Siri pada iPad
Selesaikan tugasan harian hanya dengan suara anda. Gunakan Siri untuk menterjemahkan frasa, mengesetkan penggera, mencari lokasi, melaporkan cuaca dan banyak lagi. Lihat Ketahui perkara yang Siri boleh lakukan pada iPad.
Pada peranti disokong, input suara diproses pada iPad, tetapi transkrip permintaan anda dihantar kepada Apple untuk meningkatkan Siri. Data ini tidak dikaitkan dengan Apple ID dan hanya akan disimpan pada masa yang terhad. Anda juga boleh ikut serta untuk Tingkatkan Siri dan Perencanaan. Jika anda ikut serta, audio interaksi anda dengan Siri, Perencanaan dan Terjemah akan dikongsi dengan Apple untuk membantu membangunkan dan meningkatkan Siri, Perencanaan dan ciri pemprosesan bahasa lain seperti Terjemah atau Kawalan Suara. Untuk mengetahui lanjut, lihat Tapak web Tingkatkan Siri dan Perencanaan & Privasi.
Untuk sesetengah permintaan, iPad mesti disambungkan ke internet. Caj selular mungkin dikenakan.

Sediakan Siri
Jika anda tidak menyediakan Siri apabila anda menyediakan iPad anda buat pertama kali, pergi ke Seting
> Siri & Carian, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Jika anda mahu mengaktifkan Siri dengan suara anda: Aktifkan Dengar “Hai Siri.”
Jika anda mahu mengaktifkan Siri dengan butang: Aktifkan Tekan Utama untuk Siri (pada iPad dengan butang Utama) atau Tekan Butang Atas untuk Siri (pada model iPad lain).
Untuk menukar seting Siri Tambahan, lihat Tukar seting Siri pada iPad.
Aktifkan Siri dengan suara anda
Apabila anda mengaktifkan Siri dengan suara anda, Siri membalas dengan lantang.
Sebut “Hai Siri,” kemudian tanya soalan atau buat permintaan.
Sebagai contoh, sebutkan sesuatu seperti “Hai Siri, apakah cuaca hari ini?” atau “Hai Siri, setkan penggera untuk 8 pagi.”
Untuk bertanyakan soalan lain atau membuat permintaan lain, sebut “Hai Siri” lagi atau ketik
.
Nota: Untuk menghalang iPad daripada membalas “Hai Siri”, letakkan iPad anda menghadap bawah, atau pergi ke Seting
> Siri & Carian, kemudian nyahaktifkan Dengar untuk “Hai Siri”.
Anda juga boleh menyebut “Hai Siri” untuk mengaktifkan Siri semasa memakai AirPods disokong. Lihat Sediakan Siri dalam Panduan Pengguna AirPods.
Aktifkan Siri dengan satu butang
Apabila anda mengaktifkan Siri dengan satu butang dan iPad disenyapkan, Siri membalas dengan senyap. Untuk menukar ini, lihat Tukar cara Siri membalas.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pada iPad dengan butang Utama: Tekan dan tahan butang Utama.
Pada model iPad lain: Tekan dan tahan butang atas.
EarPods dengan Remote dan Mik: (Tersedia berasingan) Tekan dan tahan butang tengah atau butang panggil.
Apabila Siri kelihatan, tanya soalan atau buat permintaan.
Contohnya: Sebutkan sesuatu seperti “Berapakah 18 peratus daripada 225?” atau “Setkan pemasa selama 3 minit.”.
Untuk bertanyakan soalan atau membuat permintaan lain, ketik
.
Anda juga boleh mengaktifkan Siri dengan sentuhan pada AirPods disokong. Lihat Sediakan Siri dalam Panduan Pengguna AirPods.
Buat pembetulan jika Siri salah faham kemahuan anda
Susun semula permintaan anda: Ketik
, kemudian sebut permintaan anda dengan cara yang berlainan.Eja sebahagian daripada permintaan anda: Ketik
, kemudian ulang permintaan anda dengan mengeja sebarang perkataan yang Siri tidak fahami. Contohnya, sebut “Panggil,” kemudian eja nama orang.Ubah mesej sebelum menghantarnya: Katakan “Tukarkannya.”
Edit permintaan anda dengan teks: Jika anda melihat permintaan anda pada skrin, anda boleh mengeditnya. Ketik permintaan, kemudian gunakan papan kekunci atas skrin.
Taip berbanding bercakap kepada Siri
Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > Siri, kemudian aktifkan Taip kepada Siri.Untuk menaipkan permintaan, aktifkan Siri, kemudian gunakan papan kekunci dan medan teks untuk bertanya soalan atau membuat permintaan.
Jika Siri tidak berfungsi seperti dijangka pada iPad anda, lihat artikel Sokongan Apple Jika “Hai Siri” tidak berfungsi pada iPhone atau iPad anda.
Siri direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan anda boleh memilih perkara yang anda kongsi. Untuk mengetahui lanjut, lihat Tapak web Minta Siri, Perencanaan & Privasi.