Gunakan iPad sebagai paparan kedua untuk Mac anda
Dengan Sidecar, anda boleh mengembangkan ruang kerja Mac anda dengan menggunakan iPad sebagai paparan kedua. Ruang kerja yang dikembangkan membenarkan anda untuk melakukan yang berikut:
Gunakan app berlainan pada skrin lain.
Gunakan app yang sama pada kedua-dua skrin. Sebagai contoh, anda boleh melihat karya seni anda pada skrin Mac anda sementara anda menggunakan Apple Pencil serta alat dan palet app pada iPad.

Cerminkan skrin supaya Mac dan iPad memaparkan kandungan yang sama.
Sidecar memerlukan macOS 10.15 atau lebih baharu dan iPadOS 13 atau lebih baharu pada model disokong.
Sediakan Sidecar
Pastikan anda mendaftar masuk menggunakan Apple ID yang sama pada Mac anda dan iPad.
Gunakan salah satu daripada sambungan berikut:
Wayarles: Pastikan anda telah mengaktifkan Wi-Fi dan Bluetooth pada Mac anda dan anda telah mengaktifkan Wi-Fi dan Bluetooth pada iPad anda. Ia perlu berada dalam julat Bluetooth satu sama lain (lebih kurang 33 kaki atau 10 meter).
USB: Sambungkan Mac dan iPad anda menggunakan kabel USB yang bersesuaian.
Pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
macOS Ventura: Pilih menu Apple
> Seting Sistem, klik Paparan
, klik
, kemudian pilih iPad anda daripada senarai di bawah “Cerminkan atau lanjutkan ke”.macOS 10.15 hingga 12.5: Pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, klik Paparan
, klik Tambah Paparan, kemudian pilih iPad anda daripada senarai di bawah “Cerminkan atau lanjutkan ke”.
Gunakan Sidecar
Jika anda belum bersambung ke iPad anda, lakukan satu daripada berikut:
macOS Ventura: Pilih menu Apple
> Seting Sistem, klik Paparan
, klik
, kemudian pilih iPad anda daripada senarai di bawah “Cerminkan atau lanjutkan ke”.macOS 10.15 hingga 12.5: Pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, klik Paparan
, klik Tambah Paparan, kemudian pilih iPad anda daripada senarai di bawah “Cerminkan atau lanjutkan ke”.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Alihkan tetingkap antara skrin: Seret tetingkap, atau tahan penuding di atas butang hijau di penjuru kiri atas tetingkap, kemudian pilih “Pindahkan ke”.
Gunakan bar sisi pada iPad: Dengan jari atau Apple Pencil anda, ketik ikon dalam bar sisi untuk menunjukkan atau menyembunyikan bar menu
, Dock
, atau papan kekunci
. Atau ketik satu atau lebih kekunci pengubah suai, seperti Ctrl
, untuk menggunakan pintasan papan kekunci.Gunakan Touch Bar pada iPad: Dengan jari atau Apple Pencil anda, ketik mana-mana butang dalam Touch Bar. Butang yang tersedia berbeza bergantung pada app atau tugas.
Pada iPad, bertukar antara desktop Mac dan Skrin Utama iPad: Untuk menunjukkan Skrin Utama, leret ke atas daripada pinggir bawah iPad anda. Untuk kembali ke desktop Mac, ketik ikon Sidecar
dalam Dock pada iPad anda.Tukar susunan skrin atau cerminkan paparan (macOS Ventura): Pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Paparan
dalam bar sisi. Di sebelah kanan, skrol ke bawah, kemudian klik Susun. Tukar susunan skrin atau cerminkan paparan (macOS 10.15 hingga 12.5): Pergi ke menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Paparan, kemudian buat perubahan anda.
Apabila anda bersedia untuk berhenti menggunakan iPad anda, lakukan satu daripada berikut:
Pada iPad: Ketik ikon Putus Sambungan
di bahagian bawah bar sisi.Pada Mac: Klik Pusat Kawalan
dalam bar menu, klik Paparan, kemudian nyahpilih iPad anda daripada senarai di bawah “Cerminkan atau lanjutkan ke”.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menggunakan Sidecar, termasuk cara mengeset pilihan Sidecar daripada Mac anda, lihat Gunakan iPad anda sebagai paparan kedua untuk Mac anda dalam Panduan Pengguna macOS.