Bermula dengan News pada iPad
App News
mengumpul semua cerita yang anda mahu baca, daripada sumber kegemaran anda, tentang topik yang menarik minat anda. Untuk memperibadikan News, anda boleh memilih daripada pilihan penerbitan (dipanggil saluran) dan topik seperti Entertainment, Food dan Science.
Anda memerlukan sambungan Wi-Fi atau selular untuk melihat kandungan News terkini. Pelanggan Apple News+ boleh mengakses kandungan dimuat turun dalam Mod Luar Talian, walaupun tanpa sambungan internet.
Lebih banyak anda baca, lebih bagus News memahami minat anda. Siri mempelajari apa yang penting untuk anda dan mencadangkan cerita yang anda mungkin suka. Anda boleh menerima pemberitahuan tentang cerita penting daripada saluran yang anda ikuti.
Anda juga boleh melanggan Apple News+, yang menyertakan beratus majalah, surat khabar popular dan penerbit digital premium. Pelanggan Apple News+ juga boleh mendengar cerita audio pada iPhone mereka dan menyelesaikan teka silang kata, teka silang kata mini serta teka-teki Quartiles.
Nota: Apple News dan Apple News+ tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Peribadikan berita anda
Apabila anda mengikuti saluran atau topik, cerita berkaitan kelihatan lebih kerap dalam suapan Today, serta saluran dan topik kelihatan di bawah Channels & Topics dalam bar sisi.
Nota: Jika anda tidak melihat bar sisi, ketik
di penjuru kiri atas.
Dalam bar sisi, ketik
untuk saluran dan topik yang anda mahu ikuti.Untuk menjadikan saluran atau topik kegemaran, ketik Edit, kemudian ketik
di sebelah saluran atau topik.Jika terdapat saluran atau topik yang anda tidak mahu kelihatan dalam suapan anda, sentuh dan tahannya, kemudian pilih Block Channel, Block Topic atau Stop Suggesting.
Apabila anda menyekat saluran atau topik, cerita berkaitannya tidak kelihatan dalam suapan dan widget Hari Ini. Untuk melihat saluran dan topik yang anda telah sekat, ketik Blocked Channels & Topics (berdekatan bahagian bawah bar sisi di bawah Manage).
Nota: Apabila anda melayari Top Stories dan kawasan lain yang menampilkan cerita yang diurus oleh editor Apple News, cerita daripada saluran yang anda sekat menunjukkan tajuk kelabu dan mesej yang menandakan anda menyekat saluran. Lihat Ikut, nyahikut, sekat dan nyahsekat saluran dan topik.
Ketik Discover Channels di bahagian bawah bar sisi, kemudian ketik
untuk setiap saluran dan mahu ikuti.
Untuk berhenti mengikuti saluran atau topik, leretnya ke kiri, kemudian ketik Unfollow.
Untuk mencari saluran dan topik tertentu untuk diikuti dengan cepat, ketik medan carian dalam bar sisi, masukkan nama saluran atau topik, kemudian ketik
dalam hasil di bawah.
Dapatkan pemberitahuan
Sesetengah saluran yang anda ikuti mungkin menghantar pemberitahuan tentang cerita penting.
Di bahagian bawah bar sisi, ketik Notifications & Email di bawah Manage.
Aktifkan pemberitahuan untuk saluran diutamakan anda.
Aktifkan pemberitahuan daripada Apple News, seperti Apple News Top Stories, Apple News Spotlight dan banyak lagi.
Jika anda melanggan Apple News+, anda boleh menerima pemberitahuan secara tambahan apabila isu baharu penerbitan yang anda ikuti tersedia. Anda juga boleh menerima pemberitahuan New Features & Tips.
Terima surat berita Apple News
Anda boleh memilih untuk menerima surat berita dalam peti masuk e-mel anda daripada editor Apple News. Surat berita menampilkan cerita teratas, diperibadikan berdasarkan minat anda. Jika anda melanggan Apple News+, surat berita juga boleh sertakan isu baharu untuk majalah kegemaran anda.
Leret ke bahagian bawah bar sisi, kemudian ketik Notifications & Email.
Leret ke bahagian bawah skrin, kemudian aktifkan Apple News Newsletters atau ketik Sign Up for Newsletters, kemudian ketik Sign Me Up.
Di A.S., beberapa surat berita berlainan mungkin tersedia dan anda boleh memilih surat berita yang anda mahu terima. Ketik Sign Up untuk menyertai, atau Subscribed untuk menarik diri.
Untuk berhenti menerima surat berita, kembali ke skrin Notifications & Email, kemudian nyahaktifkan Apple News Newsletters. Di A.S., ketik Manage Newsletters, kemudian nyahlanggan daripada setiap surat berita yang anda tidak mahu terima lagi.
Nota: Surat berita diperibadikan tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Lihat cerita hanya daripada saluran yang anda ikuti
Pergi ke Seting
> News, aktifkan Restrict Stories in Today, kemudian sahkan pilihan anda.
Nota: Mengehadkan cerita akan mengehadkan kepelbagaian cerita yang kelihatan dalam suapan Today dan semua suapan lain. Contohnya, jika anda mengehadkan cerita dan mengikuti hanya satu saluran berkaitan hiburan, suapan topik Entertainment anda akan mengandungi cerita hanya daripada saluran tersebut. Apabila anda mengehadkan cerita, anda tidak dapat melihat Top Stories dan Trending Stories.