
Padam folder yang dikongsi dalam Nota di iCloud.com
Pergi ke icloud.com/notes, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih
di sebelah folder yang dikongsi yang ingin anda padamkan. (Pada komputer, tahan penuding anda di atas folder sehingga
muncul.)Jika anda menggunakan telefon atau tablet dan anda tidak melihat senarai folder, pastikan senarai folder dibuka.
Pilih Padam Folder.
Salah satu perkara berikut berlaku:
Jika anda pemiliknya: Folder dikeluarkan daripada peranti semua orang yang anda kongsikannya. Anda boleh mendapatkan semula nota yang terbaru dipadamkan daripada folder Terbaru Dipadam anda.
Nota dalam folder yang anda padamkan dialihkan kepada folder Terbaru Dipadam dan akan kekal selama 30 hari. Sepanjang masa itu anda masih boleh melihat dan memulihkannya. Selepas 30 hari, nota akan dikeluarkan secara kekal daripada iCloud.com dan semua peranti yang telah anda daftar masuk ke Akaun Apple yang sama. Lihat Padam dan pulihkan nota di iCloud.com.
Jika anda peserta: Folder dikeluarkan untuk anda, tetapi pemilik dan peserta lain masih boleh mengakses folder yang dikongsi dan semua kandungannya. Folder tidak dipindahkan kepada folder Terbaru Dipadam anda. Anda boleh membuka dan mengedit semula folder tersebut dengan memilih pautan asal yang dikongsi oleh pemilik folder, melainkan jika pemilik telah berhenti berkongsi folder tersebut.